Thursday 6 December 2018

SAQIF- NEW CHAPTER (Berkhatan) Part 2

Assalamualaikum w.m.t

Lepas balik game kawan dia Lutfil Hadi temankan dan tidur di rumah. Ok la sebab dia ada kawan takde la jiwa kacau duk nervous sorang2.

3 /12/2018
Pagi2 dah prepared nak buat pulut kuning dan kari ayam untuk bagi nampak meriah sikit jamu sesapa Yang datang hihi. Dia memang suka pulut kuning.

Petang dpt msg lewat sikit sebab En.Sharif aka MA cum tok mudim masih perlu selesaikan Majlis berkhatan di Damansara. Aku siap mandikan Saqif bersih2 dah lepas zohor..ummi was nebes you all. Dalam hati ni last ummi mandikan Chak sebelum Chak join big brother's club. Alahai..

Lebih kurang pukul 4 tok mudim sampai aishhh asal Aku Yang debor nih..Chak udah lari ke dapur. Hahaha. Debar korang aku standby kat pintu klu Chak jerit aku plan blah jer biar men club kat rumah ni handle.  Lutfil duk temankan dia siap ambik video lagi. Katil aku dah siapkan dari pagi. Tq kak Azie pinjamkan katil..
Dah ready. Chak memang kuat takde nangis ape pun dia. Dah siap ke Dr. Dah le haaa nak potong lagi ke? Oh terima kasih Dr. katanya so cute Chak.


Semua dah settle. Dalam 15 minit macam Tu siap fast and easy.

Kami hanya gunakan foldable table. Takde ikat2. Masa Hasif lagi Kami guna method ni. So easy and convenient dia mkn semua kat situ je mudah. Yg penting pengudaraan pun selesa haaaa.... Dah selesai kita jamu tok mudim makan..


Alhamdulillah...Hari ni hari ke 4. Semua berjalan lancar. Progress pun ok tanpa ada masalah... Untuk Yang bertanya saya kongsikan sikit tips..

1. Selepas setngh jam bagi ubat tahan sakit.
2. Kalau nak kencing suruh je anak kencing perlu lap sahaja.
3. Pastikan bahagian luka tidak kena air. Saya tutup dengan polystyrene cup
4. Saya tidak jirus dia masa Mandi hanya guna towel basah lap seluruh badan. Saya lap dengan air suam.
5. Jgn culas sapu cream Yang dibekalkan. 
6. Perlu bergerak Hari ke 2

Btw Hasif tak puas hati haha Chak semua istimewa katanya dia dulu sakit2 kena Naik kete Chak senang je...hihi itu semua rezeki Hasif. Klu dulu ummi tau boleh buat kat rumah ummi panggil dah. Dia baring kat toto jer Saqif siap ada katil...baru tau En. Sharif ni juga yang khatankan Hasif tapi bezanya di Klinik dan Saqif guna method laser...rezeki tu berbeza2 bukan ummi nak beza2 kan anak...Tahniah Saqif..

















No comments:

Post a Comment