Thursday, 6 December 2018

SAQIF NEW CHAPTER (Berkhatan) part 1

Assalamualaikum w.m.t

Ramai yang pm aku, Tanya tips handle anak berkhatan. Bukan kedekut ilmu ke apa, jujur aku memang tak pernah jaga anak2 selepas berkhatan.

Masa kembar of course la grand sebab cucu sulung dah tentu Tok Wan dan Atuk Yang beria. Atuk buat kenduri, berkhatan di Klinik di P Buntar Dan arwah abah yang jaga di kampung sampai baik. Irfan pun buat di Kampung dan kembar tolong Tok Wan jaga Irfan.

Bila time Hasif kami buat di Klinik di S.Alam. Sekali lagi aku lepas tangan Mr. Babah dan kembar yang jaga. Memang takde pengalaman jaga anak berkhatan walaupun anak semua lelaki. So Kali ni mungkin Allah s.w.t dah atur ummi Yang kena handle sebab masih bercuti dan berpeluang jaga Saqif dan Babah pulak sangat2 busy sekarang.

Masa ke klinik di Seksyen 2, saya Tanya service berkhatan. Klinik ni takde service berkhatan tapi mereka bagi saya no MA yang boleh buat proses khatan di rumah. Saya contact dan set the date. Saya mintak any date after 2 December 2018 sebab Saqif ada tournament. Hihi kasi chance le..so 3 December pukul 3 ptg..setttt

Sempat la Saqif main dan sebelum balik kawan2 wish him all the best








No comments:

Post a Comment