Wednesday, 24 October 2012

Dugaan Keluarga Saya

Assalamualaikum w.m.t
First of all aku nak minta maaf lama tak update. Banyak perkara yang berlaku lately. Semasa twin sat for PMR last week mmg aku tak sempat nak buat apa concentrate kat both of them. Sian Hasif dia pun nak exam masa tu ummi langsung tak revised pun dgn dia. Nanti aku buat N3 pasal pengalaman bersama twin menghadapi pmr. Ada banyak perkara menarik yang nak aku kongsi expecially peranan kita as parents bersama anak2 dalam keadaan stress exam ni.

Ni aku nak cerita 2 weeks before pmr abah aku kena strok. Harap kawan2 semua dapat doakan speedy recovery for my abah. Aku dapat call dari mak kata abah sakit tak boleh bangun now masih dalam emergency room. Aku berdoa abah tak de apa2. Aku terasa dalam hati jangan la abah dapat strok. Dalam pukul 9 mcm tu Udi called mmg sah abah dapat strok. Malam tu jugak kami ke Johor yang ikut only Chak n Hasif. Twin terpaksa tinggal takut tak dapat balik before Monday. The last week for PMR preparation. Dugaan sungguh. Abah kena sebelah kiri. Pagi tu aku gantikan mak jaga abah. aku tengok mak dah penat sangat. Udi sampai dah t/hari tapi waktu melawat baru boleh datang tengok. Alhamdulillah ingatan abah tak terjejas. Kesian Udi dia dah dlm bas nak balik Trengganu, somewhere kat Pahang bas berenti rehat dia tukar bas pulak menghala ke Shah alam. Then next morning balik rumah ambik kereta drive ke Johor. Alhamdulillah urusan surat jaminan kerajaan mudah sekarang guna applikasi HERMIS.

Ni la Abah masih menjalankan tugas-tugas dgn menghubungi seseorang berkaitan mesyuarat.


Abah mmg minat kerja-kerja NGO nih. kami nah halang pun bukan dia dengar tapi kita kena la paham tu minat dia lagipun dia kata tak salahkan tolong orang. Kami adik beradik kesian dia kadang mmg tak sempat nak berehat kat rumah. Pagi tadi mak call kata abah sedih sangat ingat nak raya AidilAdha ni. Selalunya dia la yang urus bab2 surau ni. dia nak pastikaan ada orang yang akan baca khutbah, Imam dan lain2 program di kampung. Mak kata abah nangis sedih aku dengar. Tapi kami redha mungkin ada kebaikan yang kita tidak lihatkan.

Mungkin ada yang bertanya kenapa abah ada di Johor sedangkan kampung kami di Kuala Kurau Perak. Sebenarnya abah nak melawat adik aku , Nani kena menjalani operation. dia akan bantu sehingga Nani betul2 sehat untuk menghantar n ambik Irfan anak buah aku tu dari sekolah. Mungkin abah stress kut, aku tau abah amat menyayangi anak2 terutama anak2 perempuan sebab tu dia nak Nani happy tak nak Nani stress. Dugaan. Aku sampai rumah Nani pun tak boleh bangun langsung, aku bg semangat jangan risau tentang abah. Paling kesian sekarang mak, kena jaga dua2 kat rumah Nani. Tapi aku bersyukur adik ipar aku menjaga kebajikan mak dgn abah sangat baik. Thank U Zali. Semoga dia tabah menghadapi dugaan ini. Nani sekarang kena Kimo. Kami saling memberi semangat. Nampaknya dia diberi kekuatan. Aku berdoa semoga cell kanser tidak menyerang dia lagi setelah operation dilakukan. Sekarang another 5 cycles Kimo for her. harap dia kuat semangat.

Dugaan yang Allah beri kita kena terima dengan redha hanya doa dan usaha yang dapat kita lakukan. Yang penting solat jangan tinggal walaupun hanya berbaring..mohon semua doakan yang terbaik untuk abah dan adik saya Nani...

No comments:

Post a Comment