Macam aku janjikan semalam aku nak kongsi pengalaman aku sepanjang bersama anak2 menghadapi peperiksaan. Twin ni memang kalau nak suruh study kena closely pantau dia tengok la ni...
sempat lagi tu godek phone |
sorang kat bawah sorang kat atas, |
sudahnya...
twin 1 meniarap sambil mata tgk adik main game |
macamana tak hangin. tapi bila dah dekat exam nampak la diorg macam dah terasa aura tu. Sepanjang PMR alhamdulillah cuti aku diluluskan. Aku perlu bersama-sama twin sebab paper dia pagi dan petang. Kalau kita diberi kelapangan aku galakkan kita bercuti la sepanjang anak-anak ni periksa. Biar kita sama-sama memberi semangat dan menjaga keperluan dia semasa peperiksaan penting macam ni.
Sebelum peperiksaan sekolah telah mengadakan bacaan Yassin dan Sholat hajat perdana untuk calon2 PMR dan SPM 2012 di surau Mawaddah Seksyen 7. Saya mengucapkan terima kasih atas kerjasama daripada AJK surau tersebut dalam menjaya pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sehari sebelum tu program restu ilmu dijalankan dimana calon2 PMR memohon maaf daripada guru2 dan memohon restu dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan. Program ini sangat bagus dimana guru2 merestui dan mendoakan semua anak didik agar dipermudahkan apabila menghadapi peperiksaan nanti. Saya menasihati twin agar meminta maaf juga pada kawan2 atas segala kesalahan kerana peperiksaan yang akan dihadapi ini memerlukan ketenangan semoga dengan bermaafan dengan kawan juga akan memberi kemudahan nanti. Aku tengok dlm tweeter masing2 memohon maaf dan siap mentioned apa kesalahan atau ada yang terkutuk la mcm2.
Semasa program Sholat hajat perdana hari tu pihak sekolah menjemput seorang ustaz untuk memberi tazkirah serta motivasi kepada parents and calon2. apa yang dapat aku kongsi ialah:
1. Maafkan segala kesalahan anak2 kita dan beri restu kepada mereka.Jaga kebajikan anak2 terutama makanan dan kesihatan mereka sebelum dan semasa peperiksaan.
2. Waktu pagi sebelum anak2 keluar suruh mereka sarapan tetapi jangan beri mereka makan, makanan yang mereka tidak biasa untuk mengelakkan masalah tidak selesa semasa menghadapi peperiksaan. Beri mereka minum kalau boleh susu kambing. susu lembu akan membuatkan anak2 mengantuk. Seeloknya minum air zam-zam jika tidak ada digalakkan meminum air yang telah dibacakan dengan 30 juzuk Al-quran jika tidak pun surah Yassin.
3. Kalau diberi kelapangan bercuti lah dan bersama anak2 semasa mereka menghadapi peperiksaan. Biasanya kita nak anak2 score apa salahnya kita sama2 bersama berjuang dengan mereka dengan membaca Yassin atau Al-Quran sepanjang anak2 menjawab peperiksaan sambil mendoakan anak2. Kemungkinan semasa anak2 buntu tidak dapat menjawab pada masa yang sama ibu bapa mendoakan Ya-Allah jika waktu ini ank aku dalam kesukaran dan kebuntuan aku mohon rahmatmu agar dipermudahkan dia mengingati apa yang telah dipelajari dan hanya kepada mu aku memohon agar diberi kelapangan kepada nya. Semoga anak-anak dipermudahkan pada saat itu. Itulah yang dikatakan bersama-sama berjuang dengan anak
4. Ibubapa dan guru2 digalakkan bersedakah sebelum dan semasa anak2 menghadapi peperiksaan. Bukan sekadar dgn wang ringgit doakan juga anak2 lain juga dikira bersedakah.
5.Untuk anak2 jaga tingkah laku dan perkataan. Hendaklah memohon maaf dengan ibubapa, guru2 dan kawan2.
Itu antara apa yang saya dapat ingati pesanan daripada Ustaz pada malam itu. Nanti kita sambung part 2 apa yang berlaku semasa minggu peperiksaan. Saya telah berjumpa dengan ibu2 yang lain dan antaranya ibu kepada best student SPM 2011 Sevens. Beberapa nasihat yang dikongsi bersama dengan saya ..tungguuuuu
Selesai Solat lihat la calon2 tetap gembira menjamu selera bersama2
Twin 2 bersama anak jiran kami Syafiq |
No comments:
Post a Comment