Friday, 28 September 2012

Kuah Kacang, pajeri nenas

Assalamualaikum w.b.t

Yummykan tajuk aku hari. Sebenarnya aku teruja nak cerita pasal kuah kacang ni pasal resepi dia lain sikit. Ingat tak aku ada cerita masa raya aku p rumah aunty kat kedah. Bila aku makan ketupat cicah kuah kacang aku rasa kuah kacang dia marbeles sgt. Aunty kata ha ada rahsia dia ..Sebenarnya dia guna buah kurma masukkan dalam kuah tu. Patut la.

Ni kuah kacang versi shila muin ha ha



Semua bahan2 seperti cili, bawang, jintan sikit n belacan (klu suka) goreng lepas tu blend masak rebuskan dgn kacang. Saya blendkan kurma dan tambah gula merah sikit. tu warna pun cantik takde la pucat sangat. Rebus smpi naik minyak n intended pekat. Sblm ni saya blendkan bahan2 lepas tu tumis. kuah agak berminyak la. This procedure hasilnya just nice. Versi shila saya tambahkan tulang n rangka ayam sikit. adala mcm berlauk gitu.

Nenas di masak dengan rempah


Ni cerita pajeri nenas plak. Pajeri nenas ni kalau nak dapat yang pekat dan sedap selepas kita tumis bahan2 untuk tumis termasuk udang kering or ikan bilis kita tumiskan rempah kari (nak sedap guna rempah kari ikan) campurkan hanya dengan sedikit santan cair. Lepas tu masukkan gula merah then nenas nenas. Kenapa? jeng jeng sebabnya nenas ni mengeluarkan air klu kita masukkan santan dulu kemudian masukkan nenas kita tak tau nenas ni impart liquid jugak tu yg kadg pajeri jadi cair tu ( dah tak sedap sgt). Satu lagi yang penting gunakan kerisik yang tumbuk smpai berminyak baru la kita rasa kuahnya tak kesat . Saya punya saya buat kerisik sendiri.


kerisik daripada setengah biji kelapa parut
Masukkan kerisik baru masukkan santan. At this stage agak santan jangan banyak sangat dan jangan pekat sangat. Just nice. Pajeri nenas yg sedap dia ada rasa masam, manis dan masin. masam tu bergantung pada jenis nenas. Klu tak de rasa masam boleh masukkan air asam jawa tapi sikit je kang masam la plak.

Cerita nya sedang ummi sebok memasak pajeri di dapur apa jadi dgn Chak kat dining area. Meh jenguk...



camana plak gambar ni terbalik


lapor benor ummi tak layan kut

Tu lah dia dengan tak pakai seluor  agak sejuk kut duk atas table glass tu... 

No comments:

Post a Comment