Tuesday 18 December 2012

BAJU RECYCLE 2

Assalamualaikum w.m.t

Semalam godek2 album twin terjumpa pulak t-shirt favourite diorang dulu sekarang ni dah jadi favourite Chak. Chak untung la dapat baju yang sama ada 2.

Gambar twin  dan Hasif (twin 1 dgn t-shirt favourite)

Twin 2 dengan t-shirt corak sama

Yeahhh after 9 years Chak pakai t-shirt yang sama
 T-shirt ni opah diorang yang belikan masa twin umur 6 tahun. Gambar kat atas tu ambik masa twin umur 7 tahun.

Aku memang sayang baju anak-anak walaupun dah lama. Bila tengok adik pakai baju abang teringat zaman abang umur sebaya dengan adik. Sebab tu aku simpan baju abang2. Tapi bila sampai Chak aku dah bagi kat causins aku pulak sebab rasanya takkan nak simpan kat cucu kut. Lagi pun dah menimbun bila Chak dah tak muat bagi jer yang elok2 tu kat orang.

Baru ni 2 begs aku bagi untuk misi kemboja. Office mate aku kata kat sana budak2 berlenggeng jer siap tak pakai kasut lagi. Walaupun aku dah tak dapat tengok baju tu tapi aku tau ada orang yang lebih memerlukan dapat pakai. Dulu aku bagi orang2 asli kat BBSA. Kalau lalu depan rumah nampak macam twin pulak ha ha ha..

Tips.

1. Simpan baju dalam plastik atau gantung jangan kena habuk.
2. Biasanya aku tag age bagi setiap bag yang aku simpan senang tak de tiba2 bukak dah adik tak muat.  
3. Ceritakan resume baju2 tu kat anak2, contoh sapa bagi, beli kat mana or sempena apa...jadi dia seronok..macam baju kat atas tu bagi tau kat dia opah yang belikan kat pasar pagi kat kampung jer, tapi twin suka tak bermakna baju yang mahal jer tahan lama kalau jaga elok beli kat tempat biasa pun tahan dan cantik... 

6 comments:

  1. Saya pernah beli satu baju sejuk utk adik saya lebih kurang 15-16 tahun lepas kat Labuan. masa tu adik masik tadika. Baju tu harga 5 hengget. 2-3 tahun lepas adik saya upload gambo kat fb, baju yang sama anak sedara saya pulak yg pakai pi cameron highland. bila tgk akak share2 gambo ni rasa syok pulak. hehe

    ReplyDelete
  2. Betulkan, bila tgk depa pakai balik ingat resume baju tukan...

    ReplyDelete
  3. Kay, abg Saifol kata baju had depa pakai ni opah dia belikan 3 for rm10 je

    ReplyDelete
  4. Betulkan, bila tgk depa pakai balik ingat resume baju tukan...

    ReplyDelete
  5. hahaha 3 10 hengget paling tak tahan hehe

    ReplyDelete
  6. walaupun 3 10 hengget tapi will last for more than 10 years ok per. Ker mak dia yang pandai jaga baju....ker kaedahnya kedekut..hihi whatever

    ReplyDelete