20 hb september 2002 lahir putera aku yang ke 3 secara pembedahan. Alhamdulillah sihat dan diberi nama Muhammad Shabqi Hasif. Setelah 11 tahun Hasif membesar menjadi anak yang baik dan tidak banyak menimbulkan masalah.
Pada hari jumaat lepas tidak ada sebarang birthday celebration untuk hasif memandangkan dia menyertai camping badan beruniform SKRM di Gunung Gua Senyum Temerloh. He was so happy tp umminyer yang butterfly in stomach dok bergelora kadang terfikir benda2 yang bahaya. Berdoa sangat. Chak bising kenapa Hasif tak balik dari sekolah ni. sebok suruh ummi gi buat police report.
Sejuk hati aku bila tengok dia senyum keluar dari bas. dia antara yang lambat keluar dari bas. Hati aku dah berdebar2 mana si Hasif ni. Seronok dia tak terkira. Ummi mmg berbaloi pegi camping tu katanya. Banyak yang hasif belajar. Alhamdulillah aku suka anak2 aktif banyak dia akan belajar yang dia takkan dapat dalam kelas atau tuition class. Lebih membanggakan dia berjaya menjadi peserta keseluruhan terbaik. tahniah sayang. You deserved it. Katanya dia bangun awal, fasilatator pun dia yang bangunkan...biar betul? kat rumah naik sawan ummi yang nak bangunkan dia..
Ummi dan abah serta abang2 dan Chak sentiasa doakan Hasif menjadi anak yang soleh dan bakal pemimpin yang beriman. In Sya Allah klu ada rezeki kita buat birthday selebration sekali dgn Chak k. Ummi saaayaanggggg Hasif
No comments:
Post a Comment