Sunday 29 September 2013

AGAR-AGAR LAICI MARIA

Assalamualaikum w.m.t

Hari ni hari mengemas sedunia kami anak beranak..pagi2 hubby dah mintak masak nasi lemak. Klu nak masak nasi lemak aku kena la swatakan mengemaskan. so...Twin 1 tolong kat dapur , myself sapu sampah, twin 2 mengemop, Hasif basuh bilik air daaannn Chak n babah kemas pourch. Ok kan



haha ada pekerja bawah umur hihi..Alhamdulillah semua buat kerja dengan baik. Lepas tu Twin 2 tanya eh ni kek apa..tengok ada dlm tupperware atas meja. Kek tu aku buat semalam bawak ke rumah jiran lama di Bukit Bandaraya untuk majlis doa selamat sempena Fatin & Mitlan akan ke Mekah menunaikan Haji. semoga mendapat haji yang mabrur. Kek tu aku pakai tepung segera je..
Aku sekarang suka guna magic pan jer..
Malam ada satu lagi majlis doa selamat  kat Desa Alam. Sebenarnya kami kenal jiran2 yang lorong lain atau jauh sikit kat alam maya via whatapp je. So semalam sempena jiran lorong belakang nak pi haji maka kami pun group gegirls ni berkumpul dan berkenalan. Aku terlebih rajin semalam buat agar2 laici. Resepi ni aku dapat drp officemate aku , Mariatul..so aku kata ni agar2 maria..To Shiela kadir juga semoga mendapat haji yang mabrur.

Ni la rupa agar2 maria. Aku suka tengok buih2 tu




Tu la rupa agar2 ni aku suka buat n makan..jum kita jengah resepi

Agar-agar Laici Maria (Resepi asal drp. Pn Mariatul)

Bahan2
1. 1 tin laici (buah laici racik dan susun atas bekas)
2. sebungkus agar2 strip (aku suka cap burung layang2)
3. 1/2 tin susu pekat
4. 5 cawan (mug) air
5. 5 biji telur (tapi biasa aku guna 3 jer.) - asingkan putih & kuning
6. 1 sudu teasam limau (aku ganti dengan satu sudu makan sanquick oren)
7. 1 sudu teh essen vanilla
8. Gula secukup rasa

Cara-cara  (Advised to use periuk besar)

1.  Masak air bersama dengan agar2 hingga hancur
2. Pukul telur putih dan asam limau hingga kembang
3. Pukul telur kuning bersama susu dengan susu pekat
4. Masukkan air laici ke dalam agar-agar
5. Masukkan adunan telur kuning dan susu pekat
6. masukkan gula & rasa manis ikut suka
7. Masukkan essen vanila
8. Kecilkan apa dan masukkan adunan putih telur, kacau hingga sebati (jgn lama sangat)
9. Tuang ke dalam bekas yang berisi buah laici dan kacau perlahan supaya laici bercampur sama.
10. Sejukkan.

Selamat mencuba yer..




No comments:

Post a Comment