Wednesday 5 September 2012

Hasif Tak Balik

Assalamualaikum w.b.t


Hah suspend tengok tajuk. Ni cerita orang yang sepatutnya jemput hasif balik sekolah terlupa jemput. Camana buleh jadi camtu??? mesti semua orang herankan. Ceritanya camni..


Ni la si Hasif 

Hari isnin lepas hubby kena pegi Setiawangsa. So dia memang rasa dia takkan sempat balik awal petang tu. Dia pesan pada Chomel untuk jemput Hasif (mmg dia dah biasa jemput Hasif klu kami tak dapat jemput). Biasa dia keluar dari sekolah pukul 5.30pm and tunggu kat surau seksyen 3. Saya pulak hari tu balik naik komuter dah tentu sampai lambat lakan.

Pukul 6.51pm aku called up hubby tanya sapa ambik hasif. Dia kata ok2 . So aku anggap Hasif dah safely ada d rumah la. So aku took my own sweet time solat di surau KTM pastu ambik teksi.Sampai d rumah twin 1 tanya eh! mana Hasif. Aku tanya nape. Hasif belum balik lagi la. Hahhh!!! Asal tak call Ummmi la ingat dia balik dgn Ummi.

Aku called Hubby kata Hasif tak balik lagi dia dengan tenangnyer tak pe2. Ape yang tak penyer aku dah naik angin. (wajib lakan aku naik angin dah masuk Isya' anak tak balik lagi). Aku pun tak tau sebenarnya sapa hubby suruh ambik Hasif. Phone line putuss. Aku dah panik gilerrrrrr.

Aku call Syauqi sambil nangis2. (Chomel tu staff dia) mintak tlg cari Chomel. aku dah tak boleh nak call sesapa. Aku call Chomel dia kata sorry mak ngah lupa ni saya baru nak pi. Aduhhh dah pukul 9.00 lebih dah. Hati tak senang Syauqi pun datang terus kami pun pi seksyen 3. Aku aper lagi mula ler macam bullets ngamuk tapi tak tau nak marah kat sapa. Yang tentunya aku bengang kat hubby la suppose dia follow up dgn chomel. aku dah remainedkan petang tu dia duk ok2. Syauqi masa tu diam je menyabarkan aku tapi yg tentunya dia kena tahan telinga. Makin dekat aku makin takut, takut Hasif tak de kat surau.

Sampai seksyen 6, aku call Chomel alahai credit aku dah habis plak. ambik phone twin tak tau password plak. Syauqi kata aper mak ngah ni nah cakap je dia dail, phone dia connect dgn radio kat kete.berdebar2. duk dak jgn kata la.Tanya chomel dia dah smpi surau aku pun tnya Hasif ada dak..tapi lain tak clear masa tu aku dgr cam tak der. last Syauqi tanya dia kata ada dah ODW bawak dia balik. Aku punya la nangiss sambil bersyukur. Terus p cari makanan tuk budak2. Tapi mulut tak habis lagi nak urus anak balik sekolah pun tak bole..dah mintak tlg org follow up la bla..bla..bla.Tiba 2 Mak Ngah jangan la marah saya, ni pak ngah punya salah urpmmm. Nasib hang la.. Member siap pesan kat aku jangan gaduh2 berdosa kat suami la. Syurga bawak tapak kaki suami la bla..bla..bla.. erpm.

Sampai rumah aku hug Hasif sian tgk pakai baju sklh lagi dia relax je. Tanya dia Hasif nangis tak..dia kata tak ah. Huh Ummi yang melalak lebih. Hasif solat tak dah tentu hasif solat berimam lagi..huhu. Hasif buat apa masa tunggu tadi. Hasif dengar kuliah Maghrib tajuk aper ermm tajuk NIKAH CERAI. Berdekah2 kami semua gelak depan pintu. Hasif Hasif..So sorry. Tu la makngah ni panik lebih Hasif tak de aper pun. Ape tak panik anak tak balik2...eh eh jgn marah saya ha ha ha kena lagi.

Hubby balik dah dekat kul sebelas aku pun dah sejuk..malas nak bising aku diam jer..  dia buat muka tak salah plak tu tapi tak berani nak tanya aku kes hasif tak balik...Rupanya dah kena syarah dengan Syauqi sblum balik.. nasib la.

No comments:

Post a Comment