Monday 31 December 2012

KREATIF

Assalamualaikum w.m.t

Cuti sekolah anak2 asyik nak makan jer kalau ummi ada di rumah. Last weekend Mr Hubby ke Thailand. pagi sabtu hujan turun dengan lebatnya. Twin 1 request nak mintak breakfast dengan lempeng kelapa cicah sambal sardin. Aku check peti ais kelapa parut dah habis. terkilan jugak lakan tak dapat penuhi permintaan anak. Nak ke kedai mak ampun malas dan tengah hujan ni. Aku cari apa yang boleh ganti kelapa. Last2 aku buat lempeng bubuh nestum. Dia kata ok jer janji lempeng.

Masa buat sambal sekali lagi cili kering pulak habis ( sepatutnya on saturday biasanya aku ke pasar) since hubby tak ada susah nak keluar Chak la nak ikut bagai, makan jer apa yang ada kat rumah. So terpaksa la ummi memerah otak nak cari apa yang sesuai nak ganti dengan cili kering ni. Atas kebijaksanaan ummi wakaaa kaa aku pun cari serbuk kari ikan. Selamat ada banyak stok. maka jadi la kari sardin.. Surpriseeee !!!! anak2 semua suka lempeng cicah kari sardin. Twin 1 siap asked for more. Hihi gunakan apa yang ada..kita yang buat diakan..

Ada nasi lebih aku buatkan nasi goreng, pun licin jugak. Memang anak2 lelaki tengah membesar kuat makan betul. 

Maka disarankan kepada para ibu2 yang mempunyai anak yang tengah membesar sebagai Johan perlu kreatif guna la apa yang ada untuk memenuhi selera anak2. Jangan kalau tak de satu bahan tu kita cansell nak masak untuk anak2. 

On saturday baru ni, diaorang mintak nak makan mee rebus. Babah dia cadang makan kat kedai di Setiawangsa ada makanan utara. Semua taknak, nak mee rebus ummi buat.. terbaekk. Maka menu semalam adalah mee rebus utara dengan cucur udang makan sampai ke malam.

Tips.
1. Kalau tak ada asam jawa boleh la diganti dengan asam keping or vise versa.
2. Kalau nak buat jelatah ( untuk nasi minyak) boleh gunakan jus limau nipis jika tak ada or tak suka cuka. Tapi saya lebih suka guna sos cili sahaja instead of cuka or limau.
3. Kalau tengah masak sambal tiba kehabisan gula boleh gunakan gula merah ajer.
4. Aper pun perlu kreatif kerana kita yang buat dia betul tak. Happy masak

2 comments:

  1. boys mmg la pemakan. but when they have a mother yang rajin memasak and creative menggayakan masakan, makin lah bertambah2 selera. your kids are very lucky to have you as their mother. ^__^

    ReplyDelete
  2. RedRose): thanks menyinggah kat sini. Sebenarnya shila ni tak le rajin mana tapi merajinkan diri sebab kalau beli mau tak cukup makan anak2 shila. Betulkan boys ni bila besar sikit mmg pemakan tapi kalau tengok my kids yang kurus melidi memang orang ingat tak kuat makan. hanya mak pak dia jer yang tau hihi

    ReplyDelete