Thursday, 31 May 2012

Susah2 dahulu harap2 senang le kemudian

Assalamualaikum,
 Wah tajuk …..camtu la pahit manis kehidupan. Ada kala susah tapi Allah kan maha adil dengan kesabaran pasti merasa kemanisan kan. Mesti korang herankan apela aku merapu meraban nikan. Benornya aku ni tgh tersadai kat budget hotel kat bangi ni. Ni tengah tunggu  twin n chak sampai. TQVM Syauqi tolong mak ngah n pak ngah ni usung anak2 kami datang.
Mesti korang ingat aku kena stay back sampai tak balik Shah Alamkan. No no no…setakat nat buat minutes n report ISO n KIK takde maknenyer aku tersadai sampai kena tido bangi ni. Benornya Encik Hubby kena stay back kejor dateline. Dia ada job kat bangi .Radix Fried Chicken Cawangan Bangi akan dibuka early next month. Hihi 2/3 hari je lagi yong…tu tgh kejor kalau ikut perancangan by 1st June. Mau tak siang mlm dia berumahtangga kat sebelah Ayam Penyet tu . Muka pun dah roper ayam penyet..
Ni gambar tgh cukup tidor ok la kan

Oleh kerana aku dgn anak2 prihatin cheewah..so kami pun bermalam d cni tak le penat sgt dia nak drive balik malam2 buta cam last 2/3 days. Aku tetap ckp kat anak2 tak pe ye sian babah nak keje tak pe lepak je la bilik yang ala kadar ni (rasanya bilik twin pun bosar lagi). Dia nak hotel yang dekat dgn site jugak. Sok pagi2 twin plak ade kelas tambahan so pagi kena balik shah alam pulak. Aku gi keja cam biasa(merasa la keje dekat)
Tak pe la secara tak langsung aku ajar anak2 consider dgn kesusahan babah dia nak cari rezeki. Alhamdulillah diorg tak merungut aku kata kita doa la sama2 semoga bertambah rezeki dan diberkati. Aku harap dlm dok kejor date line ni hubby diberi kesihatan yang baik . Tak pe susah2 dahulu dengan harapan senang kemudian Amin.

Monday, 28 May 2012

Roti Jala

Assalamualaikum,
Sorry gambar tak berapa nak elok.  Last 2 weeks buat roti jala ni. Sebenarnya tengahari buat kari ayam. Dalam pukul 2 lebih macam tu ada tamu makan kat rumah tapi seperti biasa sorang anak buah aku ni tak makan nasi. Sian pulak ratah lauk ajr. Lagipun memang ada nawaitu nak buat pun anak2 pun ckp dah lama ummi tak buat roti jala. So ni kira roti jala xpress. Cadang nak buat petang sikit tapi mengenangkan si Syauqi tu ratah lauk je terus la mak ngah yang baik ati ni bancuh adunan roti jala.

Rasanya sukatan tak perlu kut pasal saya ni kalau buat roti jala tak pakai sukat main agak-agak je. maklum la belajar dari atok mana ada main sukat- sukat. Kalau first kirai tu ok kira ok la if not buat balancing by adding liquid or tepung je. Rasanya kawan2 boleh ambik banyak resepi kat blog,  kat http://salam2benua.blogspot.com/ pun ada resepi roti jala.

Bahan2

Tepung Gandum
Santan Cair (boleh juga guna air biasa dan ada org tambah minyak sikit)
garam
Kunyit (boleh juga guna pewarna tapi saya prefer guna kunyit nak avoid la artificial colorant ni)

Caranya.
Gaulkan guna whisk sampai sebati,  ada juga yang pakai blender.

Ok meh nak citer sikit pasal saya guna santan. Klu guna santan dia lembut sikit. Saya pulak tak gunakan telur sebab tak suka bau dia. kalau tak de santan boleh juga tambah susu tepung anak klu ada lebih hihi. Biar ada rasa lemak sikit. Kalau guna minyak, roti jala tu mcm keras sikit n kering sikit texture dia.

Perbezaan kalau kita kacau dengan sesungguh hati guna whisk atau guna blender. Kalau guna whisk tenaga kena kuat sikit mungkin akan ada tepung yang berketul menyebabkan acuan tu tersumbat. Tapi saya suka gaul pakai tangan compared to pakai blender pasal kalau pakai blender roti jala tu liat sikit rasanya due to gluten kneating. Kalau kita guna tangan biasa dia kurang liat. So pilih la kalau suka roti jala yang liat sikit boleh la blend pakai blender tapi kalau suka yang agak lembut dan mudah resap kat kuah kari jgn blend sesungguh hati.

Last 2 week sebab buat nak cepat saya blend je diorg makan sedap je tapi saya dapat rasa liat sikit la. Apa2 pun hubby balik lambat dapat la rasa sikit je itu pun berjaya diselamatkan. Rati jala ni yang penting kuah dia kalau kari sedap, sedap la. Tapi klu tnya hubby dia lagi suka mkn dgn kuah durian....



Thursday, 24 May 2012

My Twin

Assalamualaikum,
Tadi godek2 komputer terjumpa pulak gambar ni...


Ni gambar 2 pairs of twins. yang baju biru tu saudara saya di Kedah. Yang baju hitam dan merah tu la twin kesayangan saya dgn hubby. Ni rasanya masa dia umur 4 tahun kut. My twin ni sangat la beruntung they are our first kids, first grandsons to my parents n first cicit to both my atoks. Cuba bayangkan bertapa dia disayangai . Walaupun my hubby's side dia bukan first tapi d only twin their opah and tok have.

Mengandungkan my twin ni memang tak de masalah. Alhamdulillah sihat je cuma early stage tu je ada bleeding sikit. Tapi sesuatu yang tak boleh aku lupakan masa mengandungkan twin ni tak de rasa nak mengidam ke hapa je cuma ada sekali tu nak sangat rasa pulasan. tapi rupanya alahan n mengidam tu dapat kat hubby. Yang tak tahan dia pulak baran tak tentu pasal , best part dia nak makan pajeri nenas tepat pukul12.00 tghmalam.. pastu nak yang ayang dia masak pulak...sampai pernah le cakap lepas ni klu mengandung biarla aku yang rasa semua tak payah le dia rasa nyusahkan betul..2nd n 3rd preggy baru tau langit tinggi rendah..macamana rasa mabuk dan tak lalu nak makan.

Masa nak beranak pun tak de sakit teruk sgt sedar2 dak kena masuk labour room. ingat checkup macam biasa aje. Tapi masalah timbul masa lahirkan twin ni. Sorang normal 2nd twin kena ceaser pula. Alhamdulillah semua nya selamat. Seperti expected on 7.3.97 lahir la Muhammad Shabiq Hamzi (baju merah) dan Muhammad Shadiq Hilman (baju hitam). Alhamdulillah Ummi n Abah sangat bersyukur dan gembira dengan kelahiran abang G and Adik.  Sekarang dah 15 tahun tak sedar dah nak ambik PMR this year. Ummi doakan semoga mendapat kejayaan yang cemerlang. Make all of us proud of U.

Thursday, 17 May 2012

Cikgu Tadika Saya

Assalamualaikum,
sempena hari guru rasanya tak terlambat saya nak ucapkan Selamat Hari Guru  kepada semua guru-guru termasuk ibu dan bapa saya iaitu guru pertama  saya.

Back to title..Sebenarnya cikgu tadika ni memainkan peranan yang paling penting dalam perkembangan modal insan tapi jrg diperkatakan.

Saya ingat lagi pada Allahyarhamah cikgu saya semasa tadika Cikgu Khadijah yang lebih dikenali sebagai cikgu Ijah. Still remember , how she hold our hands to guide us to write. Walau as simple as A B C.Dengan ilmu dari cikgu Ijah ni la saya boleh menulis, membaca seterusnya berjaya menggenggam segulung Ijazah. Saya masih ingat dia hanya berbasikal ke balairaya untuk mengajar. Walaupun nampak garang tapi dia mengajar dengan lemah lembut. semua adik-adik saya pun mendapat sentuhan Allahyarhamah semasa di Tadika dan Alhamdulillah semuanya berjaya sekarang.

Cikgu pernah cakap kat saya dulu, Norsilah (satu2 cikgu yang tak pernah betul sebut nama saya) budak cerdik, nanti kalau dah jadi orang besar-besar jangan sombong, masa tu mungkin cikgu dah tak ada kut tapi ingat tau pesan cikgu belajar pandai-pandai nanti boleh jadi org besar-besar (hakikatnya sekarang mmg aku dah besar huaaaaa) tolong orang yang susah. Alhamdulillah dia sempat melihat gambar aku kat kampung sempena konvokesyen aku.  Lepas tu dia ckp pulak kat anak2 saya belajar rajin2 macam ummi jadi budak pandai nanti boleh tolong orang. (sama je intonasi masa saya kecik2 dulu). Anak saya terkejut sebab saya masih menghubungi cikgu masa saya tadika.

Pada tahun 2009 semasa saya mengandung anak ketiga saya dapat panggilan dr mak mengatakan cikgu telah kembali ke rahmatullah. hanya Al-Fatihah yang mampu saya sedekahkan. semoga rohnya bersama org2 yg beriman.

Wednesday, 16 May 2012

Hasif Berniaga

Ha ha Jangan terkejut pulak bukan Ummi nak gunakan anak2 mengaut keuntungan. Sebenarnya saya bwk balik bookmark kawan buat( tgk blog Kapas & Kreativiti).  Dia kata nak bagi cikgu lah sempena teacher's day. Last-last dia jual, hari ni siap order lagi. Bila bagi dia RM1 as token for him..dia kata tak pe Ummi nanti tak cukup nak bagi duit Aunty Izan . Saya kata tak pe..Dia kata tak pe la sian Ummi kena keluar duit Ummi pulak..So sweet Hasif. Alhamdulillah anak yang boleh fikir walaupun the matter of RM1.0. Ummi doakan semoga Hasif dipermudahkan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun hari ni. semoga Hasif berjaya.

Ni la dia hasil keras tangan Cik NurAmsar, Kapas & Kreativiti



 Ni gambar dari blog Kapas & Kreativiti..nak tengak macam2 lagi hasil kreativiti NurAmsar Karumey sila la ke bloq Kapas & Kreativiti...

Monday, 14 May 2012

Patin Masak tempoyak

Assalamualaikum,

Haa tengok tajuk dah ada yang kecur liur???
Sebenarnya last week adik ipar bagi ikan patin. Hubby mintak buat masak tempoyak (sebenarnya tukang masak pun tak makan patin tempoyak ni). Since ada permintaan kita buatkan la walaupun tuk hubby sorang je.Jum scrooll resepi ...

                                                         
Cara-cara Cuci Ikan
1. Basuh bersih2, buang darah dia kat dalam perut tu
2. Basuh dengan air asam
3. Lastly taburkan tepung gandum dan ramas-ramaskan (kalau ikan air tawar yang bersisik mcm sepat gunakan daun serai). Kemudian basuh bersih- dan toskan.

Bahan-bahan
1. 5 batang serai
2. 2 inchi kunyit hidup
3. Cili Api (terpulang kalau nak pedas banyakkan)
4. Sehelai Daun Kunyit (Terpulang nak simpul ke nak potong)
5.  3 keping asam keping (ni kena rasa bergantung pada tahap kemasaman asam)
6. 5 sudu besar tempoyak (kalau nak lebih pekat tambahkan)
7. Garam
8. Air (masukkan agak-agak menutupi ikan sahaja)

Cara-cara

1. Tumbukkan cili api dan kunyit hidup
2. Ketukkan serai
3. Gaulkan bahan2 td dengan tempoyak dan ikan yang telah ditoskan kedalam periuk yang digunakan untuk memasak nanti.
4. Masukkan asam dan perapkan selama at least 3 jam (kalau tak sempat awal pun tak pa)
5. Masukkan air just to cover ikan yang telah diperap td.
6. Masukkan daun kunyit masak atas api yang sederhana dan perasakan. setelah agak pekat tutup api

Ni le rupa patin tgh diperap
Patin masak tempoyak tengah mendidih











Sorry ye gambar tengah idang tak sempat pulak nak snap. Sebab semua buat masak tempoyak terpaksa le agih kat jiran2 dan kawan2 sebab hubby sorang je yang makan.

Masa mula2 try resepi ni (resepi mak cik Nor kawan office dia ada gerai makan di temerloh) buat tercair pasal tak tau nak agak berapa air dia. Semalam hubby ckp full stars (tak tau 5 ke 10 bintang)
                


Thursday, 10 May 2012

Hasif Demam

Assalamualaikum,
 Hubby mintak anak buah dia si Zairul  pegi ambik Hasif di surau (dia biasa tunggu babah dia disitu). Tak lama dia call tak jumpa Hasif. Saya dah risau....Tak lama Syauqi pulak talipon kata Hasif dah balik rumah imam surau seksyen 3 yang tolong hantar dia balik rumah. Alhamdulillah ..Lega la. Terima kasih Tn Hj Hashim. Dalam pukl 4 mcm tu twin 1 call bagi tau Hasif dah ada kat rumah badan dia panas, tapi abang dah bagi dia paracetamol.. Balik awal dgn Syauqi n Remy tapi hubby masih lagi kat site.

Sampai rumah dia mmg terbaring dgn bekas muntah kat sebelah...mana tak marah twin boleh tinggalkan adik dia sorang2 kat rumah pegi main futsal..Sian..Hasif. Dia kata Hasif tidor dah lepas makan ubat. Call mak kat kpg bagi tau keadaan Hasif..tapi mengujakan pulak dapat berita adik bongsu dpt tawaran  study kat polytech Mara Bangi. Bincang dgn abah pasal adik la pulak..Alih2 mak pun nak cakap sebok nak tnya pasal cucu..hahaha membezakan kerisauan atok (panik cucu demam..mcm2 tnya ngalahkan Dr. pakar) dan tok Wan (pesan jgn lupa bwk p Dr. je). Sempat buat kodok pisang tapi hasif tak nak makan langsung keep on muntah.   Lepas maghrib hubby hantar twin tuition tak lama lepas tu 2 orang anak buah datang..lepas hubby balik dia terpaksa pulak keluar ada hal. Jihad tlg hantar kami ke klinik. Rasa penat sungguh la..Ini le masalah ibu yang bekerja jauh anak2 terpaksa survive sendiri..mak pulak hati pun tak tenteram tapi have to face it. this is what we call kehidupan. Apa yang perlu berdoa sentiasa untuk dipermudahkan.

Hari ni babah dia hantar kat office to make sure makan ubat ikut time. Alhamdulillah dia tak kacau elok je duduk kat makmal effikasi tu. Dah tak ada muntah2 dah. Thanx pada semua semoga Allah sahaja yang dapat membalas segala bantuan.

Wednesday, 9 May 2012

Cerita Hujung Minggu

Assalamualaikum,
Sebenarnya nak cerita banyak menda yang mengejutkan, teruja dan macam2 yang terjadi masa dua hari cuti. dah 3 hari lepas dah tapi nak curi masa to update tak sempat la. Hari Sabtu lepas hubby mintak buat mee rebus dengan pengat. Pepagi buta dah pegi pasar asnaf seksyen3. Bali la serba mcm bahan-bahan nak buat mee, ikan, paru  dan sayur.

Sampai rumah terus siang ikan , kemas rumah (tapi cam tak kemas je). Saqif manjang buat hal ade2 je. siap tabur bedak satu rumah tak cukup tu pi tabur dalam longkang lagi hish..tiba2 twin 1 bagi tau , Ummi folio sejarah cikgu suruh summit sebelum cuti..hah setau aku dia lum buat ape2 lagi. Ok2 sambil masak kita buat sama2.. Tengok la duk terbukak je bahan2 folio dia atas sofa dari malam tak gerak2. mak dia yang beriya belek huhu( terkilan zaman dolu2 mak ambik SRP tak de kena wat folio)


  Mee rebus (resepi lain kali kita update ye) n pengat done    by 3.00pm camtu. Tiba2 hubby call shauqi yang kami anggap macam anak saudara nak datang mintak buatkan cucur. ok la tapi twin 1 mmg memahami bila dengar ada orang nak datang automatik dia akan buat quick spring cleaning. (thanks abg G). Tak lama lepas tu dia call' " mak ngah saya dah ODW dgn Ummi saya'  matiii la. hubby pun masih  di Bangi..aku dah la mcm janda beranak 10 sambil masak + tlg buat folio twin. Bukan apa Ummi dia tu org yang ada gelaran. Malu la aku rumah mmg tak berkemas dengan setulus hati lagi. Dalam hati lain kali klu wat mak ngah camni mau luruh jantung.

At the right time twin siap kemas apa yang patut diorg sampai aku sebok lagi nak wat cucur. tapi ummi dia ok walaupun ada gelaran tapi humble..Thanks Datin sudi dtg rumah kami yang tak seberapa ni apa yang kurang tu minta maaf. malamnya pulak ada tetamu lain  lagi...pengsannn

Hari ahad pulak twin 2 ada program. Berkali-kali pesan byr yuran RM10   utk program tu.  Mula nak ikut    tapi tak jadi nak mengemas suh babah dia je yang hantar. Uih serupa 2 beranak ni babah terlupa nak bagi duit yg anak lupa nak mintak duit. pesan dah berkali-kali mujur ada kwn yang pinjamkan duit...petang twin1 mintak buatkan goreng pisang pulak..yang kelakar hasif tnya hari ni sapa lagi nak datang.....tak ni buat bnyk nak antar kat jiran2 je..Esok hari Isnin..bermula minggu baruuuu
       

Friday, 4 May 2012

Akhirnya tercapai juga cita-cita nak ada blog sendiri

Dah lama pendam nak create blog sendiri. Thnks Maria tolong akak ni tak de la anak-anak kata Ummi ni buta IT. La ni mak kena lebih advance dr anak-anak. Baru anak-anak tak berani nak buat hal almaklumla mak kena ikut peredaran zaman gak kan.

Rasanya tak de masalah klu mak anak 4, cam kak Shila ni berblogkan? Tgk aje la blogger cam mak cik manggis or 1001 Resepi, mmg respect. My first post ni pun mintak tolong dgn cik adik kat office ni camana nak buat.  Siankan. Thanks Maria nanti ajar lagi ape2 yg patutkan

Selama ni kak shila cuma silent walking je kat blog orang. Seronok pulakkan boleh nak tulis ape2 yang terlintas just for sharing with others ataupun untuk simpanan peribadi..maklum la hidup kita berbagai rencah pahit manis kehidupan kita.