Monday, 14 May 2012

Patin Masak tempoyak

Assalamualaikum,

Haa tengok tajuk dah ada yang kecur liur???
Sebenarnya last week adik ipar bagi ikan patin. Hubby mintak buat masak tempoyak (sebenarnya tukang masak pun tak makan patin tempoyak ni). Since ada permintaan kita buatkan la walaupun tuk hubby sorang je.Jum scrooll resepi ...

                                                         
Cara-cara Cuci Ikan
1. Basuh bersih2, buang darah dia kat dalam perut tu
2. Basuh dengan air asam
3. Lastly taburkan tepung gandum dan ramas-ramaskan (kalau ikan air tawar yang bersisik mcm sepat gunakan daun serai). Kemudian basuh bersih- dan toskan.

Bahan-bahan
1. 5 batang serai
2. 2 inchi kunyit hidup
3. Cili Api (terpulang kalau nak pedas banyakkan)
4. Sehelai Daun Kunyit (Terpulang nak simpul ke nak potong)
5.  3 keping asam keping (ni kena rasa bergantung pada tahap kemasaman asam)
6. 5 sudu besar tempoyak (kalau nak lebih pekat tambahkan)
7. Garam
8. Air (masukkan agak-agak menutupi ikan sahaja)

Cara-cara

1. Tumbukkan cili api dan kunyit hidup
2. Ketukkan serai
3. Gaulkan bahan2 td dengan tempoyak dan ikan yang telah ditoskan kedalam periuk yang digunakan untuk memasak nanti.
4. Masukkan asam dan perapkan selama at least 3 jam (kalau tak sempat awal pun tak pa)
5. Masukkan air just to cover ikan yang telah diperap td.
6. Masukkan daun kunyit masak atas api yang sederhana dan perasakan. setelah agak pekat tutup api

Ni le rupa patin tgh diperap
Patin masak tempoyak tengah mendidih











Sorry ye gambar tengah idang tak sempat pulak nak snap. Sebab semua buat masak tempoyak terpaksa le agih kat jiran2 dan kawan2 sebab hubby sorang je yang makan.

Masa mula2 try resepi ni (resepi mak cik Nor kawan office dia ada gerai makan di temerloh) buat tercair pasal tak tau nak agak berapa air dia. Semalam hubby ckp full stars (tak tau 5 ke 10 bintang)
                


1 comment:

  1. amboi.. sedapnyer..kat sini mane nk cari ikan patin ek? leh la try resipi ni nnti.. sy pun tk makan patin ni..mr. hubby makan le..dia tengok pun dh kecur liur...

    ReplyDelete