Thursday 17 May 2012

Cikgu Tadika Saya

Assalamualaikum,
sempena hari guru rasanya tak terlambat saya nak ucapkan Selamat Hari Guru  kepada semua guru-guru termasuk ibu dan bapa saya iaitu guru pertama  saya.

Back to title..Sebenarnya cikgu tadika ni memainkan peranan yang paling penting dalam perkembangan modal insan tapi jrg diperkatakan.

Saya ingat lagi pada Allahyarhamah cikgu saya semasa tadika Cikgu Khadijah yang lebih dikenali sebagai cikgu Ijah. Still remember , how she hold our hands to guide us to write. Walau as simple as A B C.Dengan ilmu dari cikgu Ijah ni la saya boleh menulis, membaca seterusnya berjaya menggenggam segulung Ijazah. Saya masih ingat dia hanya berbasikal ke balairaya untuk mengajar. Walaupun nampak garang tapi dia mengajar dengan lemah lembut. semua adik-adik saya pun mendapat sentuhan Allahyarhamah semasa di Tadika dan Alhamdulillah semuanya berjaya sekarang.

Cikgu pernah cakap kat saya dulu, Norsilah (satu2 cikgu yang tak pernah betul sebut nama saya) budak cerdik, nanti kalau dah jadi orang besar-besar jangan sombong, masa tu mungkin cikgu dah tak ada kut tapi ingat tau pesan cikgu belajar pandai-pandai nanti boleh jadi org besar-besar (hakikatnya sekarang mmg aku dah besar huaaaaa) tolong orang yang susah. Alhamdulillah dia sempat melihat gambar aku kat kampung sempena konvokesyen aku.  Lepas tu dia ckp pulak kat anak2 saya belajar rajin2 macam ummi jadi budak pandai nanti boleh tolong orang. (sama je intonasi masa saya kecik2 dulu). Anak saya terkejut sebab saya masih menghubungi cikgu masa saya tadika.

Pada tahun 2009 semasa saya mengandung anak ketiga saya dapat panggilan dr mak mengatakan cikgu telah kembali ke rahmatullah. hanya Al-Fatihah yang mampu saya sedekahkan. semoga rohnya bersama org2 yg beriman.

No comments:

Post a Comment