Thursday, 10 May 2012

Hasif Demam

Assalamualaikum,
 Hubby mintak anak buah dia si Zairul  pegi ambik Hasif di surau (dia biasa tunggu babah dia disitu). Tak lama dia call tak jumpa Hasif. Saya dah risau....Tak lama Syauqi pulak talipon kata Hasif dah balik rumah imam surau seksyen 3 yang tolong hantar dia balik rumah. Alhamdulillah ..Lega la. Terima kasih Tn Hj Hashim. Dalam pukl 4 mcm tu twin 1 call bagi tau Hasif dah ada kat rumah badan dia panas, tapi abang dah bagi dia paracetamol.. Balik awal dgn Syauqi n Remy tapi hubby masih lagi kat site.

Sampai rumah dia mmg terbaring dgn bekas muntah kat sebelah...mana tak marah twin boleh tinggalkan adik dia sorang2 kat rumah pegi main futsal..Sian..Hasif. Dia kata Hasif tidor dah lepas makan ubat. Call mak kat kpg bagi tau keadaan Hasif..tapi mengujakan pulak dapat berita adik bongsu dpt tawaran  study kat polytech Mara Bangi. Bincang dgn abah pasal adik la pulak..Alih2 mak pun nak cakap sebok nak tnya pasal cucu..hahaha membezakan kerisauan atok (panik cucu demam..mcm2 tnya ngalahkan Dr. pakar) dan tok Wan (pesan jgn lupa bwk p Dr. je). Sempat buat kodok pisang tapi hasif tak nak makan langsung keep on muntah.   Lepas maghrib hubby hantar twin tuition tak lama lepas tu 2 orang anak buah datang..lepas hubby balik dia terpaksa pulak keluar ada hal. Jihad tlg hantar kami ke klinik. Rasa penat sungguh la..Ini le masalah ibu yang bekerja jauh anak2 terpaksa survive sendiri..mak pulak hati pun tak tenteram tapi have to face it. this is what we call kehidupan. Apa yang perlu berdoa sentiasa untuk dipermudahkan.

Hari ni babah dia hantar kat office to make sure makan ubat ikut time. Alhamdulillah dia tak kacau elok je duduk kat makmal effikasi tu. Dah tak ada muntah2 dah. Thanx pada semua semoga Allah sahaja yang dapat membalas segala bantuan.

No comments:

Post a Comment