Wednesday, 9 May 2012

Cerita Hujung Minggu

Assalamualaikum,
Sebenarnya nak cerita banyak menda yang mengejutkan, teruja dan macam2 yang terjadi masa dua hari cuti. dah 3 hari lepas dah tapi nak curi masa to update tak sempat la. Hari Sabtu lepas hubby mintak buat mee rebus dengan pengat. Pepagi buta dah pegi pasar asnaf seksyen3. Bali la serba mcm bahan-bahan nak buat mee, ikan, paru  dan sayur.

Sampai rumah terus siang ikan , kemas rumah (tapi cam tak kemas je). Saqif manjang buat hal ade2 je. siap tabur bedak satu rumah tak cukup tu pi tabur dalam longkang lagi hish..tiba2 twin 1 bagi tau , Ummi folio sejarah cikgu suruh summit sebelum cuti..hah setau aku dia lum buat ape2 lagi. Ok2 sambil masak kita buat sama2.. Tengok la duk terbukak je bahan2 folio dia atas sofa dari malam tak gerak2. mak dia yang beriya belek huhu( terkilan zaman dolu2 mak ambik SRP tak de kena wat folio)


  Mee rebus (resepi lain kali kita update ye) n pengat done    by 3.00pm camtu. Tiba2 hubby call shauqi yang kami anggap macam anak saudara nak datang mintak buatkan cucur. ok la tapi twin 1 mmg memahami bila dengar ada orang nak datang automatik dia akan buat quick spring cleaning. (thanks abg G). Tak lama lepas tu dia call' " mak ngah saya dah ODW dgn Ummi saya'  matiii la. hubby pun masih  di Bangi..aku dah la mcm janda beranak 10 sambil masak + tlg buat folio twin. Bukan apa Ummi dia tu org yang ada gelaran. Malu la aku rumah mmg tak berkemas dengan setulus hati lagi. Dalam hati lain kali klu wat mak ngah camni mau luruh jantung.

At the right time twin siap kemas apa yang patut diorg sampai aku sebok lagi nak wat cucur. tapi ummi dia ok walaupun ada gelaran tapi humble..Thanks Datin sudi dtg rumah kami yang tak seberapa ni apa yang kurang tu minta maaf. malamnya pulak ada tetamu lain  lagi...pengsannn

Hari ahad pulak twin 2 ada program. Berkali-kali pesan byr yuran RM10   utk program tu.  Mula nak ikut    tapi tak jadi nak mengemas suh babah dia je yang hantar. Uih serupa 2 beranak ni babah terlupa nak bagi duit yg anak lupa nak mintak duit. pesan dah berkali-kali mujur ada kwn yang pinjamkan duit...petang twin1 mintak buatkan goreng pisang pulak..yang kelakar hasif tnya hari ni sapa lagi nak datang.....tak ni buat bnyk nak antar kat jiran2 je..Esok hari Isnin..bermula minggu baruuuu
       

No comments:

Post a Comment