Monday, 25 June 2012

Hujung minggu yang sebok

Assalamualaikum,
Hujung minggu yang lepas mmg memenatkan bagi aku. Twin ada camping kat sekolah. Tinggal la kami 4 beranak. Hari Jumaat lagi twin dah tido kat sekolah. Petang tu dah call, Ummi tlg antarkan towel kami lupa bwk towel. Pas tu siap ada pesanan seterusnya biscuit, choclate , air ext..Balik kerja terus antar brg2. Biskut tuk 4 platon byngkan. Ye la takkan tuk anak kita jekan

Hari sabtu la paling mencabar, hubby pegi kerja , maka bersilat la aku dgn chak n Hasif. Hsif tak habis2 usik adik yang adik asyik melalk je. Adeh mmg boleh naik darah tinggi dibuatnya. Aku langsung tak masak ape hari tu, cuma pagi buat sndwich antar kat twin . Petang mintak tlg pekerja restoran masakkan bihun untuk anak2 yang camping tu. Kami makan kat RFC je. Malam buat cucur untuk supper anak2 SMK Seksyen 7 yang camping. Saja sebab sekolah tak sediakan makan tuk supper. Bagi semangat anak2 ni nak masuk pertandingan kawad nanti

Tgk la tgh sebok tengok step formasi


Aku suka anak2 ni involve activiti macam ni sebab tu aku support bagi diorang makan datang tgk2 ape keperluan yang mereka nak. Kita takkan harap cikgu semata-mata ape salahnya parents pun sama2 join sekurang2nya kita tau apa aktiviti anak2 di sekolah.

Hari Ahad adalah hari malas sedunia aku. Klu ada twin senang nak buat kerja sebab diaorg ni rajin tlg jaga adik n buat kerja2 rumah. Pagi aku buat nasik lemak ingatkan awal lagi rupanya siap masak dah pukul 11 lebih. Huaaa...Twin balik dah pukul 3 ptg. Thanks Yati tlg anak anak2 saya (Yati ni mmg commited dgn segala aktiviti di sekolah). Cadang petang nak bwk anak2 makan di Port Klang. memandangkan twin kepenatan makan kat Restoran Chinese Muslim Mohd Chan seksyen 15. Rating boleh la bagi 8/10. Sedap, siakap dia fresh, sayur kangkung belacan dia pun sedap tak le lembik sangat (selalu terkena klu order macam benyai je) Ni first time la makan kat situ. Harga pun resonable la, RM103.80 ada siakap, ayam kicap cili kering, kangkung belacan ada Tauhu telur, dumpling, air buah ok la pada saya untuk 6 org makan (yang betul2 5 je chak tu tak banyak mana makannya).

Before pegi makan pi shopping, nawaitu ummi nak beli kasut n handbag. Masuk je SACC Mall ade Poney sale...maka Ummi pun beralah anak2 yang dapt mcm2 from head to toe (siap masuk bata, Chak pakai kasut display taknak bukak dah). ummi dapat aper? hanya sepasang kasut tapi sakit jiwa punya pasal harga sama dengan baju poney anak2 yang sebunjut beso tu..Huh puas hati.

No comments:

Post a Comment