Assalamualaikum,
Harini nak sembang
santai je..Cerita duit. Bukan apa semalam teringat kawan masa buat Diploma kat
ITM dulu si Faridahanum. Sesuai le dgn course yang dia ambik DIIA. Mmg dia
belajar camana nak dapat duit bnyk kan. Dia kata aku kalau nak kawen nak cari
suami kurang2 yang mampu tanggung aku serba serbi tak nak sekadar dengan cinta
je bukan boleh bagi aku makan dengan cinta. Pikir balik ada gak logiknye
pendapat si anum nikan, walaupun dia ni kadang jenis tak kesah.
Cuba pikir kerana duit
ni boleh gaduh sedara mara, adik beradik dan kawan2. Pasal rete pusaka pun
gaduh bagai. Tapi kita ni sebagai orang Islam kan dah ada cara2 agihan reta
pusaka ni tak payah gaduh2.
Laki bini pun boleh
cerai berai pasal duitkan. Walaupun tanggungjawab suami menyediakan keperluan
asas rasanya tak salah isteri menyumbangkan. Kita telah diberi kebenaran keluar
rumah untuk bekerja apa la salahnya ada bahagian yang kita tanggung
perbelanjaannya. Tapi jangan take for granted pulak.
Kadang2 dgn ipar duai n
in laws pun duit ni jadi penyebab. Klu anak lelaki dulu bagi bulan2 bnyk kat
parents tapi bila amount dah kurang mula la ada suara2 sumbang kata tu takut
bini la or lebih dasyat lagi bini perabih duit dia la. Kalau kes anak pompuan
plak boleh pulak skrip tukar ape pulak sebok2 ko nak byr expenses biar la suami
awak yg settle dah tanggungjawb dia. Pada aku kalau anak2 dah ada tanggungjawab
tak perlu la nak ganggu biar la diorg urus sendiri tak payah nak sebok ipar
duai nak berbunyi.
Aku suka dgn mak abah aku punya
stail..tanggungjawab dia besarkan anak2 n bagi pelajaran dunia akhirat yang
terbaik. Pasal duit klu bagi dia terima kalau tak bagi tak pernah mintak. Yang
penting anak2 bahagia, paling tak tahan cucu kena jaga lebih baik daripada dia
jaga kami dulu tu dia penangan cucu. Dia kata dulu aku bukan gaji besar tapi
korang semua belajar sampai U takkan cucu dia korang tak boleh bagi lebih drp
apa yang dia bagi kat kami adik beradik. Bertuah la 6 orang cucu tok wan n atuk
ni.
So…rasa2nya pendapat
Anum tu ada kebenarannya tak?. Duit ni
sikit pun cukup , banyak pun cukup rasanya bergantung bagaimana keperluan dan
penggunaan kita. Tepuk dada Tanya selera. Bior pape ase bergayer tu applicable
lagi ker?
No comments:
Post a Comment